Salah satu elemen yang paling penting ketika bermain futsal atau bola sepak adalah kasut. Tanpa kasut yang berkualiti @ 'stylo' anda tidak mampu untuk men'dribble' seperti
Suarez ketika menggolek-golek 4 pertahanan Man Utd, menahan bola seperti Pastore,
mengimbang-imbang seperti Ronaldinho, merembat seperti Tevez dan menangkap bola seperti
David De Gea…..
Sat ! Sat !! Tangkap bola pun kena pakai kasut ke ????
Jenama NIKE
Jadi, di sini admin ingin memberikan sedikit tips, bagaimana cara untuk memilih kasut yang sesuai dengan kaki korang iaitu :
Impian Selangor untuk merealisasikan misi
memburu kejuaraan Piala Malaysia ke-33 hampir tercapai apabila menumpaskan
Johor FC 3-1 pada saingan suku akhir pertama di Stadium Pasir Gudang.
Skuad gergasi merah terlebih dahulu membuka jaringan
seawal minit ke-11 menerusi ketua pasukan Safiq Rahim.
Pemain tengah Selangor Bunyamin Umar kemudian
menggandakan jaringan pada minit ke-20.
Selangor menambah duka pasukan tuan rumah dengan gol
ketiga hasil jaringan penyerang berbisa Mohd Amri Yahyah pada minit ke-24.
Gol saguhati Johor FC dijaringkan Mohd Akmal Mohd Nor
pada minit ke-52.
Skuad gergasi merah, bagaimanapun terpaksa beraksi dengan
10 pemain pada minit ke-65 apabila Bunyamin diarah keluar padang selepas
dilayangkan kad kuning kedua.
Bunyamin sebelum itu menerima kad kuning pertama selepas
mengasari Mohd Akmal pada minit ke-13 sebelum menerjah keras Mohd Airulridzwan
Razali untuk kad kuning kedua.
Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, tuan rumah Pahang
mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas pasukan Lions XII dari Singapura.
Skuad Tok Gajah membuka jaringan seawal minit kesembilan
apabila rembatan Fauzi Rozlandi dalam kotak penalti gagal ditangkap kemas
penjaga gol lawan yang memudahkan pemain import tuan rumah, Maycon Calvalho
menolak masuk bola ke dalam gawang.
Namun, kegembiraan Pahang tidak kekal lama apabila Lions
XII berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-20 hasil rembatan dari luar
kotak penalti oleh Safirul Sulaiman.
Sebaik permainan bersambung, skuad bimbingan Dollah
Salleh menceriakan kira-kira 10,000 penyokongnya menerusi gol kedua pada
minit ke-76 hasil ledakan Hafiz Kamal dari luar kotak penalti.
'Admin' tertarik dengan ulasan 'admin page' Ubola Network terhadap pasukan Harimau Malaya. * Maklumat dari facebook sehari selepas Malaysia tewas 2-0 kepada Vietnam
Sebenar benar benar benarnyaaaaaa... Kita tersangat bertuahh dalam game tadi. Vietnam banyak ajar kita tentang taktikal. Short pass, tiada long pass, switch player, control bola, defensive line yg agak mantopp, dan banyak lagi. Rajagobal kena kaji balik corak permainan Vietnam. Apa salahnya serapkan sedikit taktikal Vietnam kedalam skuad negara kan. Yeahhhh.. Aku yakin AFF 2012 nnti Malaysia akan turun dgn strategi dan taktikal Rajagobal yg baru. !!!
Sementara itu dalam 1 lagi perlawanan persahabatan antarabangsa , Vietnam seri 0-0 dengan Indonesia pada 12 September yg lalu di Jakarta. * Pendapat 'admin' : Kekalahan Malaysia ini ibarat 'wake cup call ' untuk skuad Rajagopal bahawa jangan terlalu selesa dengan pasukan Harimau Malaya sekarang. Biar kalah dalam perlawanan persahabatan sekarang supaya tidak kalah dalam perlawanan kompetitif nanti terutamanya Piala AFF Suzuki dlm masa 3 bulan dari sekarang. Kesimpulannya , teruskan semangat menyokong pasukan Malaysia dan berikan kritikan yang positif,bukannya kritikan negatif dan kutukan ibarat melepas geram.. Akhir kata ,