Isnin, 1 Oktober 2012

Piala Sultan Selangor kembali ke Selangor.


Selangor mengakhiri penantian tiga tahun untuk menjulang Piala Sultan Selangor edisi ke-11 selepas menewaskan Liga Singapura XI 3-1 di Stadium Shah Alam.

Selangor telah memulakan perlawanan dengan baik dengan melancarkan beberapa asakan di hadapan lebih 65, 000 penonton di gelanggang sendiri.

Selangor yang diperkuat dengan kehadiran Safee Sali serta 2 pemain import dari pasukan Selangor PKNS , Helmi Louusaief dan Michael Nicoise.

Pasukan Liga Singapura yang dibarisi oleh pemain-pemain yang beraksi dalam Liga Singapura tanpa kelibat seorang pun pemain dari pasukan Lion XII yang bakal beraksi dalam suku akhir kedua Piala Malaysia 2012.

Selangor mengasak terlebih dahulu ke kubu petahanan lawan menerusi Safee Sali yang melakukan percubaan pertama seawal minit ke-4 tetapi telah tersasar.
Pada minit kelapan, Selangor sekali lagi hampir mendahului lawan namun, percubaan Bosko Balaban melepasi tiang gol.

Pemain Singapura, Aleksandar Duric yang berumur 42 tahun berjaya meletakkan Liga Singapura XI 1-0 di hadapan pada minit ke-23.

Bagaimanapun, gol tersebut tidak menyentap semangat juang anak buah Irfan Bakti apabila turut melancarkan serangan ke kubu lawan.

Kesilapan pemain Singapura yang menjatuhkan Amri Yahya di kotak penalti terhukum apabila pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi kapten pasukan , Safiq Rahim melalui sepakan penalti pada minit ke-32.

Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun.

Serangan bertali arus tuan rumah akhirnya berjaya menjarakkan kedudukan apabila sepakan luar penalti Bosko Balaban membolosi gawang lawan pada minit ke-54.

Keghairahan tuan rumah dalam memburu kemenangan akhirnya tertunai apabila pemain yang di pinjam dari pasukan Sabah FA , Rozaimi Abdul Rahman menjaringkan gol sekali gus menutup tirai perlawanan dengan 3-1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Soccer Ball